Pantun Pelbagai: Kapal belayar dari Medan
Kapal belayar dari Medan,
Sampai ke laut patah kemudi;
Mati ikan kerana umpan,
Mati saya kerana budi.
Didokumentasikan oleh Ding Choo Ming & Nor Azatul Asya Nura (Pusat Pengajian Tionghoa Malaysia)
Ejaan asal Peranakan Baba
Rangkap di atas dipersembah dalam ejaan moden untuk mudah dibaca; teks asal Baba dikekalkan di bawah sebagai rujukan.
Kapal blayer deri Medan,
Sampay ka laot patah kemudi;
Mati ikan kerna umpan,
Mati sahya kerna budi.
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Kapal belayar dari Medan | a | 9 suku |
| Sampai ke laut patah kemudi | b | 10 suku |
| Mati ikan kerana umpan | a | 9 suku |
| Mati saya kerana budi | b | 9 suku |
Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Entri ini belum mempunyai huraian. Bantu kami menjaganya dengan menambah maksudnya.