Pantun Pelbagai: Inderagiri pasirnya lumat
Inderagiri pasirnya lumat,
Kerang bertabur dengan lokan;
Bagai nabi kasihkan umat,
Begitu saya kasihkan tuan.
Didokumentasikan oleh Ding Choo Ming & Nor Azatul Asya Nura (Pusat Pengajian Tionghoa Malaysia)
Ejaan asal Peranakan Baba
Rangkap di atas dipersembah dalam ejaan moden untuk mudah dibaca; teks asal Baba dikekalkan di bawah sebagai rujukan.
Indragiri pasir nya lumat,
Kerang bertabor dengan lokan;
Sebagai nabi kasay kan humat,
Bergitu saya kasay kan tuan.
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Inderagiri pasirnya lumat | a | 10 suku |
| Kerang bertabur dengan lokan | b | 9 suku |
| Bagai nabi kasihkan umat | a | 9 suku |
| Begitu saya kasihkan tuan | b | 10 suku |
Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Entri ini belum mempunyai huraian. Bantu kami menjaganya dengan menambah maksudnya.