Pantun Pelbagai: Dekat labuhan airnya tenang
Dekat labuhan airnya tenang,
Tempat orang kail gelama;
Budi sedikit kalau dikenang,
Garam masin selama-lama.
Didokumentasikan oleh Ding Choo Ming, Nor Azatul Asya Nura & Jamaliah Isnin (Pusat Pengajian Tionghoa Malaysia)
Ejaan asal Peranakan Baba
Rangkap di atas dipersembah dalam ejaan moden untuk mudah dibaca; teks asal Baba dikekalkan di bawah sebagai rujukan.
Dekat labohan ayer nya tenang,
Tempat orang kail gelama;
Budi sedikit kalau di-kenang,
Garam masin Selama2.
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Dekat labuhan airnya tenang | a | 10 suku |
| Tempat orang kail gelama | b | 9 suku |
| Budi sedikit kalau dikenang | a | 10 suku |
| Garam masin selama-lama | b | 9 suku |
Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Entri ini belum mempunyai huraian. Bantu kami menjaganya dengan menambah maksudnya.