Pantun Pelbagai: Buah padi isi dijalur
Buah padi isi dijalur,
Bercampur dengan buah rumenia;
Sudah mati mayat terlunjur,
Barulah habis sesak di dunia.
Didokumentasikan oleh Ding Choo Ming & Nor Azatul Asya Nura (Pusat Pengajian Tionghoa Malaysia)
Ejaan asal Peranakan Baba
Rangkap di atas dipersembah dalam ejaan moden untuk mudah dibaca; teks asal Baba dikekalkan di bawah sebagai rujukan.
Buah padi isi di jalor,
Berchampor dengan buah rimnia;
Sekat mati mayat terlunjor,
Bharu lah habis sesak di dunia.
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Buah padi isi dijalur | a | 9 suku |
| Bercampur dengan buah rumenia | b | 11 suku |
| Sudah mati mayat terlunjur | a | 9 suku |
| Barulah habis sesak di dunia | b | 11 suku |
Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Entri ini belum mempunyai huraian. Bantu kami menjaganya dengan menambah maksudnya.