Pantun Pelbagai: Bara api di dalam puan
Bara api di dalam puan,
Kemenyan ada di dalam cepa;
Buah hati jantungku tuan,
Ingatlah tuan janganlah lupa.
Didokumentasikan oleh Ding Choo Ming (Pusat Pengajian Tionghoa Malaysia)
Ejaan asal Peranakan Baba
Rangkap di atas dipersembah dalam ejaan moden untuk mudah dibaca; teks asal Baba dikekalkan di bawah sebagai rujukan.
Bara api di-dalam puan,
Kemiyan ada di-dalam chepa;
Buah hati jantong-ku tuan,
Ingat-lah tuan jangan-lah lupa.
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Bara api di dalam puan | a | 9 suku |
| Kemenyan ada di dalam cepa | b | 10 suku |
| Buah hati jantungku tuan | a | 9 suku |
| Ingatlah tuan janganlah lupa | b | 10 suku |
Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Entri ini belum mempunyai huraian. Bantu kami menjaganya dengan menambah maksudnya.