Pantun Pelbagai: Anak Jawa bersepak raga
Anak Jawa bersepak raga,
Sepak-menyepak di tengah padang;
Sekuntum bunga dalam telaga,
Cantik bunga bagai bintang.
Didokumentasikan oleh Ding Choo Ming & Nor Azatul Asya Nura (Pusat Pengajian Tionghoa Malaysia)
Ejaan asal Peranakan Baba
Rangkap di atas dipersembah dalam ejaan moden untuk mudah dibaca; teks asal Baba dikekalkan di bawah sebagai rujukan.
Anak Jawa bersepak raga,
Sepak menyepak di tengah padang;
Sa-kuntum buugah dalam telaga,
Chantek bungah sebagi bintang.
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Anak Jawa bersepak raga | a | 9 suku |
| Sepak-menyepak di tengah padang | b | 10 suku |
| Sekuntum bunga dalam telaga | a | 10 suku |
| Cantik bunga bagai bintang | b | 8 suku |
Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Entri ini belum mempunyai huraian. Bantu kami menjaganya dengan menambah maksudnya.