← Khazanah Pantun

Pantun Pelbagai: Anak itik pandai berlari

Pelbagai Klasik

Anak itik pandai berlari,

Anak angsa terlompat-lompat;

Wang ringgit senang dicari,

Budi bahasa susah mendapat.

Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)

Didokumentasikan oleh Ding Choo Ming, Nor Azatul Asya Nura & Jamaliah Isnin (Pusat Pengajian Tionghoa Malaysia)

Ejaan asal Peranakan Baba

Rangkap di atas dipersembah dalam ejaan moden untuk mudah dibaca; teks asal Baba dikekalkan di bawah sebagai rujukan. Ejaan moden itu dijana secara automatik (AI) dan mungkin mengandungi kesilapan kecil; ejaan asal Baba inilah teks yang sahih.

Anak itek panday ber lari,

Anak angsa terlompat-lompat;

Wang ringgit senang di chari,

Budi basa susa mendapat.

Ejaan asal Baba, dikekalkan daripada teks sumber

Versi lain pantun ini

Rangkap ini direkodkan dengan sedikit kelainan kata oleh sumber yang berbeza.

Anak itik pandai berlari,

Anak angsa terlompat-lompat;

Wang ringgit senang dicari,

Budi yang baik susah dapat.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929) · didokumentasikan oleh Ding Choo Ming & Nor Azatul Asya Nura (Pusat Pengajian Tionghoa Malaysia)

Selak rangkap

Selak binaan & rima
Analisis setiap lines: rima dan bilangan suku kata
Baris Rima Suku kata
Anak itik pandai berlari a 9 suku
Anak angsa terlompat-lompat b 9 suku
Wang ringgit senang dicari a 8 suku
Budi bahasa susah mendapat b 10 suku

Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).

Kongsi huraian

Entri ini belum mempunyai huraian. Bantu kami menjaganya dengan menambah maksudnya.

Pepatah sehati

Pantun sejiwa