Pantun Pelbagai: Alus-alus larik diraut
Alus-alus larik diraut,
Papan ditepi sangkut pelamin;
Datang arus tarik ke laut,
Pusing kemudi mengikut angin.
Didokumentasikan oleh Ding Choo Ming, Nor Azatul Asya Nura & Jamaliah Isnin (Pusat Pengajian Tionghoa Malaysia)
Ejaan asal Peranakan Baba
Rangkap di atas dipersembah dalam ejaan moden untuk mudah dibaca; teks asal Baba dikekalkan di bawah sebagai rujukan.
Alus alus larek di- raot,
Papan di-tepi sangkot pelamin;
Datang arus tarek ka laot,
Pusing kermudi mengikot angin.
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Alus-alus larik diraut | a | 9 suku |
| Papan ditepi sangkut pelamin | b | 10 suku |
| Datang arus tarik ke laut | a | 9 suku |
| Pusing kemudi mengikut angin | b | 10 suku |
Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Entri ini belum mempunyai huraian. Bantu kami menjaganya dengan menambah maksudnya.