Pantun Pelbagai: Ada jintan campur kemenyan
Ada jintan campur kemenyan,
Anak bintarang dibakar hangat;
Intan bercampur dengan berlian,
Barulah terang bintang di langit.
Didokumentasikan oleh Ding Choo Ming, Nor Azatul Asya Nura & Jamaliah Isnin (Pusat Pengajian Tionghoa Malaysia)
Ejaan asal Peranakan Baba
Rangkap di atas dipersembah dalam ejaan moden untuk mudah dibaca; teks asal Baba dikekalkan di bawah sebagai rujukan. Ejaan moden itu dijana secara automatik (AI) dan mungkin mengandungi kesilapan kecil; ejaan asal Baba inilah teks yang sahih.
Ada jintan champor kemenian,
Anak bintarang di bakar anget;
Intan berchampor dengan berlian,
Baru lah terang bintang di langit.
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Ada jintan campur kemenyan | a | 9 suku |
| Anak bintarang dibakar hangat | b | 10 suku |
| Intan bercampur dengan berlian | a | 10 suku |
| Barulah terang bintang di langit | c | 10 suku |
Pola rhyme: a-b-a-c. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Entri ini belum mempunyai huraian. Bantu kami menjaganya dengan menambah maksudnya.