Koleksi · Pantun Pembuka Majlis
Semua pantun
84 rangkap pantun dalam koleksi ini. Tapis di bawah, atau tekan Baca satu-satu untuk belek.
← Pantun Pembuka MajlisBerburu ke padang datar,Dapatkan rusa belang kaki;Berguru kepalang ajar,Bagai bunga kembang tak jadi.
Pantun Melayu tradisionalPucuk pauh delima batu,Anak sembilang di tepi kara;Yang jauh datang bertamu,Yang dekat datang berziarah.
Pantun Melayu tradisionalTinggi-tinggi si matahari,Anak kerbau mati tertambat;Sudah lama saya mencari,Baru sekarang kita mendapat.
Pantun Melayu tradisionalYang kurik itu kundi,Yang merah itu saga;Yang baik itu budi,Yang indah itu bahasa.
Pantun Melayu tradisionalBerakit-rakit ke hulu,Berenang-renang ke tepian;Bersakit-sakit dahulu,Bersenang-senang kemudian.
Pantun Melayu tradisionalTegak rumah kerana sendi,Runtuh sendi rumah binasa;Sendi bangsa ialah budi,Runtuh budi runtuhlah bangsa.
Pantun Melayu tradisionalTingkap papan kayu bersegi,sampan sakat di Pulau Angsa;Indah tampan kerana budi,tinggi bangsa kerana bahasa.
Wikisource (CC BY-SA)Ayam hutan terbang ke rimba,Hendak hinggap di atas kepaya;Emaknya sultan ayahnya raja,Janganlah hina tegal di saya.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pertama teluk kedua pantai,Ketiga dengan jamban di hulu;Pertama elok kedua pandai,Ketiga baik bangsa penghulu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Ada bidak pengiring raja,Mengemat raja, tak dapat diempit;Saya tidak khabarkan sahaja,Alamat hati sahaya sakit.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Tiup api panggang tilan,Anak raja pulang menjala;Hidup mati di tangan tuan,Adik tidak banyak bicara.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Daun raya di atas bukit,Tempat raja tanam pala;Harap saya bukan sedikit,Sebanyak rambut di atas kepala.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Tanak nasi si polan-polan,Makanan anak si raja ali;Nak mati berpayung bulan,Nak berkubur di matahari.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kain sutera berkabung-kabung,Pakaian anak raja maulana;Pasang jerat di hujung tanjung,Mengkarung lalu, cicak terkena.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Baju batik kain kesumba,Pakaian anak raja cina;Orang cantik saya tak gila,Banyak orang atas dunia.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pukul nobat tiup nafiri,Hendak tabal raja di kelang;Tuan laksana syarbat janggi,Tujuh tahun manis tak hilang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Sirih sekapur lenggang cik kobat,Mari makan raja ali;Tutur sepatah laksana syarbat,Manis terpaku di jantung hati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Mana boleh di dalam kertas,Jerat mari jaring selawah;Mana boleh jatuh ke atas,Sudah adat jatuh ke bawah.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Nasi kunyit panggang ayam,Tupai melompat menghalau pari;Bumi tersengat dunia karam,Kasih melenggang di tengah negeri.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Biji lanjut panjang lampai,Main anak raja di Judah;Di dalam hajat niat tak sampai,Hancur dunia dendam tak sudah.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak raja mendaki bukit,Patah galah dalam perahu;Pegang tangan jeling sedikit,Hati di dalam allah yang tahu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Terang bulan cuaca di pulau,Raja siam turun berakit;Rindu dendam bawa bergurau,Bawa diam jadi penyakit.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pukul gendang tiup serunai,Raja berangkat ke seberang;Putih mata si burung punai,Kayu ara ditunggu helang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Buat bangsal di tengah hutan,Laksamana perigi membelah;Biarlah sabar dengan perlahan,Tak kan gunung nak rebah.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Berdiri balik si anak itik,Hendak mandi jambatan raja;Air liur bagai menitik,Mana dapat dipandang sahaja?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Masaklah buah jambu arang,Tuan haji lalu ke rimba;Burung undan tinggalkan sarang,Rajawali sudahlah tiba.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Hari-hari masuk ke hutan,Potong rumput di tepi perigi;Asyek pungguk kepada bulan,Bulan dikawal si rajawali.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Terdorong gajah di acih,Terpijak sempana raja;Sudah terdorong hati yang kasih,Bumi dipijak diguncang gempa.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pecah pukat dilanggar ikan,Ikan bernama si jaring gigi;Hilang buntat, berganti intan,Intan bernama payung negeri.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Orang melaka masak pengat,Bawa ke balai jamu menteri;Tuan laksana mestika gamat,Tiada ternilai sebuah negeri.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Apa guna pohon lada?Sudah ada pohon betik;Apa guna raja kecil muda?Sudah ada muda cik cantik.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Singapura bernama selat,Selat bernama negeri baharu;Pura-pura tidak dilihat,Hati di dalam bagai digaru.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pucuk pauh delima batu,Anak sembilang di tapak tangan;Biar jauh di negeri satu,Hilang di mata, di hati jangan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Keris sempana keris tampang,Canai anak dagang melayu;Jangan lama di negeri orang,Bencana banyak mendaun kayu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pisang kelat digunggung helang,Jatuh ke laut indiragiri;Abang terselit di negeri orang,Baik-baik membawa diri.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Burung merpati beranak tunggal,Hinggap mari ke kota raja;Tuan pergi saya tinggal,Kepada siapa saya nak bermanja?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Bertelur apa engkau senangin,Bertelur lalu sepanjang pantai;Turunlah apa si raja angin,Minta hantar si panjang lampai.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pisau raut hilang di rimba,Pakaian anak raja di judah;Karam di laut boleh ditimba,Karang di hati bilakan sudah?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Itik mengakak malam jumaat,Masuk kampung dewa raja;Apa dikirim di dalam surat?Cembul berisi air mata.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Cempedak buah berangan,Lempata bunganya biru;Teragak dikenang jangan,Adat muda sahaja begitu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Sedang perang negeri cina,Ular sawa melilit kayu;Sedang kumbang gilakan bunga,Kumbang terbang, bungapun layu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Sapu tanga puncanya hijau,Pakaian anak raja melaka;Luka tangan kena pisau,Disibabkan tidak mendengar kata.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Sapu tangan punca pelekat,Pakaian anak raja di judah;Luka di tangan dapat dilihat,Luka di hati bila kan sudah?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Rumah gedang bendulnya perak,Ukiran anak raja dewa;Tegang tidak kendurpun tidak,Apa sebab putus sahaja?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kapal perang kapal berakit,Hendak belayar ke negeri cina;Seekor lang seekor pipit,Hendak terbang bila kan sama.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Cik siti pandai menempa,Tempa keris raja di situl;Saya umpama padi yang hampa,Buang di air semuanya timbul.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak raja keluar beralas,Cantik bersunting bunga mempelas;Tuan laksana kain antelas,Cantik manis pandangan jelas.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Seluar sutera beli di kedai,Pakaian anak raja melayu;Saya laksana mawa di julai,Menantikan embun di daun kayu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kain palembang kain terengganu,Pakaian anak raja kayangan;Sudah asap baharu ditunu,Hati di dalam imbang-imbangan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Ramai berkahwin raja di riau,Bersanding di atas singgahsana;Saya umpama air yang payau,Musim kemarau baharu berguna.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Lembu siapa tambat di pagar?Lembu raja putus tali;Guru mana tuan belajar?Boleh mengadap sekali lagi.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Masuk hutan negeri perak,Hendak mencari rotan sega;Tuan umpama tabut diarak,Luar berkilat, dalam berongga.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Orang langat bertanam padi,Orang pantai bersukat beras;Ingat-ingat seisi negeri,Harimau berantai sudahlah lepas.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Entah rebung entah tombak,Permainan anak raja yaman;Jung di laut lagi kurompak,Inikan pula di tengah laman.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Padang temu padang baiduri,Tempat raja membangun kota;Bijak bertemu dengan jauhari,Bagai cincin dengan permata.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Tebu dimakan, buku ditaruh,Makanan anak muda bangsawan;Bukit berlaga, gunung bertaruh,Ramai bertepuk mambang di awan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kain batik berbaju batik,Pakaian anak raja semarang;Encik laksana perangai itik,Makan menyudu di longkang orang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Tanam kunyit di atas batu,Tiada duit, bergadai baju;Orang madat balik candu,Bagai monyet di pokok kayu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Disumbat-sumbat dipadat-padat,Gelojoh makan babi tak cukup;Kelaku buruk kena jajat,Malu tak boleh tudung serkup.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Apa putih di tambak itu?Raja sulaiman turun berkuda;Apa putih di sanggul itu?Bunga melur, cempaka muda.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Lumba-lumba main gelombang,Riaknya sampai ke indiragiri;Cuba-cuba bertanam mumbang,Kalau tumbuh turus negeri.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Ponggok berperang unggas dewata,Perang dengan si rajawali;Besi buruk dibuat senjata,Ugut sahaja tak apa jadi.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Ramai berkahwin raja kelang,Pakai dokoh dengan gelang;Budi baik mana nak hilang,Mesera sampai ke dalam tulang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Orang daik pulang ke daik,Anak angsa terenang-renang;Buat baik tak dapat baik,Sahaja bangsa tiada mengenang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Bukan tanah menjadi padi,Kalau jadi hampa melayang;Bukan bangsa menanam budi,Kalau tanam cuma terbuang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Belah durian berpangsa-pangsa,Belah sepangsa isi merah;Jangan tuan memilih bangsa,Darah juga sama merah.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Makan sirih carik-bercarik,Makan pinang sepah diludah;Kalau asal bangsa tak baik,Dijulang tinggi menjadi rendah.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak cina menimbang madat,Dari mengkasar langsung ke deli;Hidup di dunia biar beradat,Bahasa tidak berual beli.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kerja sergut jangan digagah,Sesalnya tidak dapat faedah;Adat dunia telah sudah,Lain makan nangka, lain kena getah.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Tikar pucuk tikar mengkuang,Pakaian raja tanah melayu;Ikan busuk jangan dibuang,Buat perencah taruknya kayu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pisang raya masak seraya,Pisang raja masak di hujung;Orang kaya sama kaya,Orang miskin membawa untung.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Dari perlak lalu ke kelantan,Mengadap raja tinggi berdaulat;Berolak air kusangka ikan,Pukat kulabuh, ikan tak dapat.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Buah tasbih buah cemperai,Permainan anak raja perlak;Air meleleh hilir berderai,Turun bertakung di dalam lopak.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Tudung periuk bangkit menari,Permainan anak raja melaka;Kain buruk tinggalkan kami,Buat pengesat air mata.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)1204 budak-budak main gasing,Main di bangsal datuk laksamana;Habis buah tinggal ranting,Dahan tunjang tidak berguna.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Lebat-lebat bunga delima,Sunting raja naik ke legur;Hendak ditimbang biar bersama,Sudah salah sangkut bertabur.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kalau tuan pergi ke bangsal,Singgah kait buah ruminia;Kalau dah ambil jangan menyesal,Sesal kemudian tidak berguna!
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Utik-utik ikan bimbang,Minyak ketiau di hujung galah;Raja kecil silakan pulang,Linggi dilanggar, riau yang alah.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kambing saya sedang lari,Makan taruk kacang bulu;Sirih raja, pinang menteri,Yang mana saya jawat dahulu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Raja rum sembahyang subuh,Terendam pucuk gelegata;Tersentuh kulit, cium tubuh,Di dalam batin terlindung jua.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Singapura negeri baharu,Tuan raffles menjadi raja;Bunga melur, cempaka biru,Kembang sekuntum di mulut naga.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak kambing putera dewi,Mengulam pucuk akar beludu;Sirih raja, pinang menteri,Yang mana patut dimakan dahulu.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Kambing ini kambing biri-biri,Hendak makan pucuk cerucuh;Sirih raja, pinang menteri,Yang mana patut makan dahulu.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Ayam denak dari Petani,Disembah ke Dato Raja Muda;Sirih disemat dengan nyanyi,Pinang dibelah dengan suara.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)