Fasal 2: Rukun Islam
Tentang kewajipan ibadah: sembahyang, puasa, zakat dan haji.
Barang siapa mengenal yang tersebut, tahulah ia makna takut.
Barang siapa meninggalkan sembahyang, seperti rumah tiada bertiang.
Barang siapa meninggalkan puasa, tidaklah mendapat dua termasa.
Barang siapa meninggalkan zakat, tiadalah hartanya beroleh berkat.
Barang siapa meninggalkan haji, tiadalah ia menyempurnakan janji.
Sumber: Raja Ali Haji, Gurindam Dua Belas (1847) · Domain awam. Teks Rumi daripada Wikisumber (CC BY-SA).